Pada 27hb sehingga 29hb Mac 2015 telah diadakan Perkhemahan Unit
Beruniform Sekolah-Sekolah Rendah Peringkat Daerah Semporna bertempat di
Sekolah Kebangsaan Kampung Pokas, Semporna. Seramai 8 orang murid dari Sekolah
Kebangsaan Bugaya telah menyertai perkhemahan ini. Murid ini terdiri daripada 4
orang lelaki dan 4 orang perempuan serta diiringi oleh 2 orang guru pengiring
iaitu En. Muhammad Haziq dan Cik Hernawati.
Antara aktiviti yang dilakukan oleh murid-murid sepanjang 3 hari 2
malam.
Jumaat (27hb Mac 2015)
- Sesi Pendaftaran.
-
Solat Jumaat
-
Kem Kraf
- Ice Breaking
Sabtu (28hb
Mac 2015)
- Senam robik
-
Jungle Trekking
-
Water Confident
-
Larian Komando
-
Malam Kebudayaan
- Malam Penghayatan
Ahad (29 Mac
2015)
- Break Camp
- Majlis Penutupan dan Penyampaian Hadiah
Secara keseluruhannya, program berjalan dengan baik dan lancar walaupun pada awalnya terdapat sedikit cabaran dan halangan yang perlu ditempuhi. Murid-murid juga secara tidak langsung dapat menimba pelbagai ilmu semasa menjalani perkhemahan ini. Perkhemahan seperti ini dapat memupuk disiplin dan membina keyakinan diri dalam kalangan murid-murid. Ini secara tidak langsung dapat melahirkan murid yang cemerlang dari segi akademik dan sahsiah. Diharapakn program sebegini dapat diteruskan pada masa hadapan.
No comments:
Post a Comment