Logo Sekolah


Tafsiran LOGO Sekolah.

Bentuk :
Bentuk keseluruhan yang berwarna merah adalah berbentuk bunga raya, bunga raya adalah bunga kebangsaan dan bunga ini juga tumbuh dengan subur di kawasan sekolah.


Bulan dan Bintang :

Adalah melambangkan   keagamaan, iaitu  melambangkan agama Islam agama rasmi Negara dan rata-rata murid-murid sekolah ini  beragama Islam. Walaupun begitu  sekolah ini mengamalkan konsep kebebasan beragama.


Pena, Buku Terbuka dan Dua Belah Tangan Terbuka :

Adalah elemen penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran dan setelah berusaha sedaya upaya pasrah dengan memohon doa kepada Illahi agar apa yang diimpikan akan tercapai dengan jayanya.


Warna Hijau :

Diibaratkan murid yang subur perlu dibimbing dan penerapan konsep kasih sayang.


Warna Biru Dan Bulatan :

Melambangkan perpaduan dan permuafakatan diantara staf, murid dan masyarakat setempat.


Warna Kuning :

Malaysia adalah mengamalkan pemerintahan beraja dan berperlambagaan.


Lima Kelopak Bunga :

Adalah melambangkan 5 Rukun Islam, 5 Prinsip Rukun Negara, 5 Pencapaian Tertinggi Dalam UPSR iaitu 5A dan 5 Orang Pentadbir Sekolah sebagai pengemudi arah tuju sekolah iaitu Guru Besar dan 4 Guru Penolong Kanan

No comments:

Post a Comment